Sunday, December 18, 2011

Yeay...rumah seremban dah dapat kunci.

Alhamdulillah berakhir dah penantian aku. Sekarang dah blh start proses renovation dan beli barang rumah. Barang rumah tu bukan maksudnya perabot rumah. Nak renovate rumah pun dah rasa nak botak dah kepala kitorang laki bini. Klu setakat nak extend dapur je mungkin tak berapa berat sangat. Tapi nak pecah toilet dan build up lagi sekali memang agak stress. Sbb kena beli toilet bowl baru, sink baru,pilih jubin. Tu belum kira lagi nak beli grill, lampu, kipas, toilet accessories..fuhhh.

Itula namanya kalau beli rumah dgn developer. Design semua standard. Bukannya boleh request ikut apa yang kita nak. Sudahnya renovate la sendiri. Klu takde aral, renovation siap lagi sebulan setengah. Maybe hujung bulan dua atau awal bulan tiga baru dapat pindah. Aduh....pening lagi nak pack barang, cari lori...Damansara - Seremban bukan dekat.

Tak pe la....janji hati puas. Anak2 pun dapat membesar dengan selesa.
Semoga Allah permudahkan segalanya

2 comments:

  1. waaa bestnya saly! hmm ntah bila la yer dapat tengok khalish ni. dah sampai semangat dah budak tu.. :)

    ReplyDelete
  2. Yun..datang jangan tak datang. hehehe klu dah pindah tak merasa la lagi nak datang rumah kitorang yg comel ni :) Nak gather pun dah jauh. Klang - Seremban jauh tu..nasib la rumah yuni jadi centre.

    ReplyDelete