Wednesday, December 7, 2011

Detik kelahiran KHALISH NAWFAL

Alhamdulillah doa aku untuk dapat anak lelaki dimakbulkan...maha besarnya kuasa Allah. Kalau tuhan bagi anak perempuan pun aku redha je..sbb dari awal preggy gerak hati aku selalu rasa macam anak perempuan je yang akan keluar. Kenapa?? Sbb awal2 mengandung alahan aku sama je mcm mengandungkan Keisya..muntah2 yg sgt teruk admit hospital drip sampai 14 botol. Huhhh dugaan betul.

Mengandungkan Khalish aku teringin sangat nak buat scan 3D. Nak sangat tau gender dia. Bukan apa senang kalau nak shopping barang baby nanti. Klu nampak perempuan tak payahla beli banyak sgt baju...sbb baju Keisya banyak. Blh je recycle Keisya punya hehehe.. Mengandungkan Keisya takde pun rasa nak scan 3D ni. Masa tu tak kesah pun gender. Baju pun beli je utk lelaki pompuan. Bila Keisya dah lahir baru excited beli baju2 gegirl. So lepas scan 3D ni la aku confirm yg dalam perut tu lelaki. Sblm tu scan biasa memang tak nampak bayang apepun.

Inilah gambar 3D Khalish dalam perut mama pd usianya 30 minggu.

What a beautiful creation


See...proven its a boy :)

Ok....enough for that. Panjang betul mukadimahnye. Now about deliver....

Bangun pagi aku rasa macam leaking. Basah semacam je baju sampai tembus kat katil. Dalam hati takkan aku kencing kot. Tapi memang pasti bukan urine ok. Suspect air ketuban. Memang rasa dah cuak sangat. So cakap kat en.Hubby yg tengah siap2 nak pegi keje..tak payah la gi keje harini sila hantar isterimu ke hospital.

After check up...doctor confirm itu bukan air ketuban. Ok tp air apekah itu?. Mula2 doctor bagi balik and kena monitor if ada leaking lagi aku kena datang hosp terus. Tapi after dapat 2nd opinion dari doctor lain...kena la pulak warded sbb ada kes mcm aku tetiba datang hospital air ketuban dah kering lama n baby tak dapat diselamatkan. Nak ikutkan hati memang aku tak nak stay hospital. But i must do the best for baby.

Petang tu dalam ward aku dah start rasa contraction. tp tak kuat sangat...dia baru nak bagi salam. Malam tu dia dah rasa kuat dah. Start 1 jam sekali....exactly aku dapat rasa sakitnya sama macam aku nak besalinkan Keisya dulu. Pukul 3 pg aku memang dah rasa tak tahan sangat. 2 kali contraction dalam 15 minit. Aduhhh..meleleh dah air mata tahan sakit. Doctor check baru buka 3 cm. suruh tahan lagi. Then dia dr bagi antibiotic due to prior leaking..aku pun hairan. Dr tak confirm pun aku pecah air ketuban tapi cucuk gak antibiotic..(sbb antibiotic ni la aku kena gatal2 allergy immediate lepas keluar labour room. 2 mggu baru hilang..huhhh)

Pukul 4.30 pg aku memang dah rasa tak blh nak tahan dah sakit ni. Check bukaan 6 cm..pukul 5pg baru aku kena tolak ke labour room. sblm tu sempat call en. hubby yg tengah sedap tdo kat rumah. Nasib baik jarak hosp dgn rumah cuma 10 minit je. berdezubb dia datang. Alhamdulillah berkat en.hubby bg semangat kat sebelah + 2nd experience sekali teran baby dah kuar...lahirla baby comel Khalish Nawfal bin Khairudin tepat pukul 5.19 pg. Sayup degar suara papa baca azan...rasa mcm tinggal separuh nyawa je. Nak buka mata pun rasa tak larat..punyala teran sekuat tenaga. Alhamdulillah tuhan permudahkan semuanya untuk aku besalin normal...baby pun sihat je..petang tu jugak dah discharge.


Semua org kata macam muka papa.....yeke ?



Name : Khalish Nawfal Bin Khairudin

Weight : 2.9 kg

DOB : 29 September 2011 (5.19 am)

Birth Place : Hosp Tuanku Jaafar Seremban











No comments:

Post a Comment