Thursday, May 19, 2011

Our weekend..

Esok dah jumaat dah..hari ni baru nak citer pasal last weekend ek.

Macam biasa weekend balik umah Damansara. Kali ni balik lambat ckit sbb Isnin amik AL.Selasa public holiday (Wesak Day). So ada cuti yg panjang. Dapatla lepak2 lama ckit kat "homestay" kitorang tu.
Sabtu petang baru gerak dari Seremban. Papa ajak singgah kat taman layang2 area Kepong. Nama taman tu sebenarnya Taman Metropolitan Kepong. Tapi kitorang panggil taman layang2 sbb ramai orang main layang2.Meriah gile taman tu dengan layang2.

Tapi petang tu tak semeriah macam biasa. Sbb hari hujan.Parking pun banyak je kosong. Selalunya weekend parking sangat penuh. Nak amik gambar pun tak seronok. Dah la siap merayu2 papa bawak camera. Semenjak dua menjak ni malas gila nak menggendong DSLR tuh. Tgh terfikir2 nak beli camera baru yg lebih ringan. Tak payah la nak gaduh2. Ini je la gambar2 yg sempat diambik.


muka berpisat2 dalam kereta br bangun tido nak pegi main taman







tgk la tu..2-3 ketul je orang yg main layang2. selalu penuh padang ni dengan orang.

Psssstt ..sepatutnya minggu ni kitorang gi holiday Melaka dgn ahli rombongan biasa..family Yun and Yuni. Tapi...oleh kerana masa nak booking package utk holiday tu mama tak confident je dapat pegi sbb masih mabuk. Takut pulak jadi macam incident Bandung. Dah beli tiket bagai tapi tak dapat pegi. Burn semua.. sangat ralat okkkkk. Ye la....beli ticket pun in advance.mana nak tau masa tu nak pregnant. Mabuk pulak tu. Tak pe la belum rezeki mama nak sampai sana lagi.
Mmmm....rasa2 macam nak ajak papa gi holiday jugak la..dapat tido satu mlm kat genting pun jadi la kann :)  

Monday, May 16, 2011

Cukkk.....akitttttt

Keisya dah amik injection untuk 18 bulan. fuhhh settle (papa yg settle kan sebenarnya). Mama tak dapat amik cuti hantar Keisya.alaa.. sekali ni je. Lepas je siap sume papa call..

Papa : mama...Keisya nak cakap ni..
Mama : ok
Keisya : Mamaaaa....
Mama : iyaaaaaa....
Keisya : Cukkk.....akitttttt
Mama : Alaaa ciannya anak mama..Keisya nangis tak?
Keisya : Angeshh.

So sweeeeet :) Balik keje tgk badan dia panas ckit. Jalan pun macam tak larat je..siap merangkak lagi. Kuat jugak injection tu kan. Ke...sbb rasa kebas kat peha. tak tau la..Selalu Keisya klu demam dia akan active macam biasa.Tp alhamdulillah demam sehari je.

Now in progress on improving her words. cth:
kan ---> ikan
ishh --> phisshh (fish)

Thursday, May 5, 2011

Luahan rasa di hari Jumaat yg Indah

Hari ni dah hari Jumaat..harini jugak last day aku kat IBM course setelah 8 hari mengadap trainer yg membosankan ni. Lepas ni dah nak kena start new project then kena berasak pulak dengan software yg baru blajar ni. Huh....things go tougher and tougher. Rasa malas lak nak masuk office isnin ni mengadap keje2 yg terbengkalai lagi aduhai.......nak resign boleh tak???? best kan klu dapat keje yg kita suka.

Kekadang rasa tension bila kena keje utk achieve KPI dan pd masa yg sama kena absorb benda2 technical yg memang sejak azali memang bukan minat aku. Nama je keje bank..tapi klu tanya pasal operation seriusly aku tak tau. Aku teringin nak keje kat dept yg blh aku apply ilmu2 aku dulu..sayangnye aku rasa. Klu  tgk education background dr diploma sampai degree memang totally in banking. Tp keje aku sekarang 80% more on IT only 20% je yg aku blh relate dgn bussiness. Tapi in a positive side memang aku banyak blajar benda2 baru. Aku kena bersyukur sbb mungkin ramai lagi kat luar sana yg masih takde keje ataupun dapat keje yg tak setaraf dengan kelulusan. Alhamdulillah tuhan masih bagi aku hidup selesa walaupun tak kaya.hehehe :) Dapat bayar hutang, rumah,keta, shopping, bagi mak, sekali sekala gi vacation ok la tu kan. Harap2 tahun ni AMCO dpt fight lagi utk revise salary for better percentage than previous yr. Dan harap2 Maybank increase more profit and more bonus for employee yeay!...Insyaallah adala tu rezeki untuk anak2. Aku selalu percaya setiap anak yg tuhan anugerahkan untuk kita ada rezekinya sendiri dan ada tuahnya sendiri macam Keisya dulu..

Dah la...boring cite pasal keje. Mari cerita pasal Keisya...sepatutnya dah inject utk 18 bulan tp sbb masa tarikh appointment tu dia demam so terpaksalah tunda. Cian dia..tapi dia tu klu demam activenya tetaap seperti biasa. Cuma banyak ragam je...

Baby dalam perut ni pun dah masuk 18 mggu. Dah rasa gerak2 dah. Tapi 2 hari lepas gi scan dia tak nak tunjuk gender dia lg. Kali ni tak sabar pulak nak tau lelaki ke pompuan. Bila tak tau gender baby rasa serba salah nak beli color ape. Sbbnya sgt teruja nak pi shopping barang2 baby. Hari ni dah start Mom & Baby Expo kat Mid Valley tak sabar nak pegi. Last sampai ahad ni je.. Jom ler ramai2.

Padahal 2 mggu lepas dah duk perabis duit kat Pureen Warehouse sale PJ pun rasa tak cukup2 lg. Nasib la en.hubby pun sama naik. Selalu dia yg ingatkan tak yah membazir beli banyak. Kali ni rasanya dia yg paling banyak sambar barang. Walaupun baju Keisya banyak yg masih elok utk diguna semula tapi rasa nak jugak beli lagi dan lagi....Tapi yg paling untung kakak Keisya la...tiap2 kali plan nak beli barang adik dia, bila sampai rumah tgk2 barang dia pun mesti ada jugak :)

Kakak keisya yg sgt happy on the way gi Pureen Warehouse sale beli brg adik.


Keisya with mama