Tuesday, December 27, 2011

Breast pump

Entry ni dah lama tergendala..tak sempat nak habis menaip si Keisya dah mengacau. Kena tggu dia tidur baru boleh mula operasi meng-update blog.

Alkesahnya breast pump yg aku guna selama ni macam tak berapa nak function seperti biasa. Suction dia dah tak kuat sangat sampai aku kena express guna tangan sambil pumping. Pump tu memang dah lama sejak dari Keisya baby lagi. Memang ada plan nak beli baru sblm aku naik kerja nanti.Tapi tak sangka pulak kena beli lebih awal. Tu lah dia klu beli yang murah ni. Cepat sangat jahanamnya.

Dengan semangat nak fully breast feed untuk Khalish, dengan gigihnya aku drive sesorang ke Hulu Klang. Nak tggu papa jgn harapla...ada je agendanya bila weekend. Lg pun better pegi weekday tak ramai org. Boleh shopping dgn aman yeay.

Kenapa jauh sangat ke Hulu Klang? Penah dengar tak One Baby World. Pada sape yang rajin beli majalah PAMA atau shopping barang baby secara online mesti familiar dgn nama ni. Dia ni lebih dikenali sebagai online store. Tapi oleh kerana aku ni tak berapa percaya nak beli brg secara online so aku decide pegi sendiri ke showroom dia. Ni memang first time aku pegi. Terima kasih la kepada encik GPS sbb drive aku ke sana. Memang buntang sekejap mata ni tgk barang2 baby.

Siapa yg berminat memang sesuai pegi sekarang sbb memang tengah sale sampai 2nd January. Untuk maklumat lanjut pasal kedai ni sila buka web dia onebabyworld.com

So ni la dia breast pump yang aku beli. Beli pump ni sebab terpegaruh dengan offer package dia. Oleh kerana aku memang nak beli nursing bra and icepack so ambik package adalah lebih berbaloi.


Spectra3 breast pump
+
Autumnz Cooler Bag
+
Autumnz Nursing Bra
+
Autumnz Reusable Ice Pack
+
Autumnz Breastmilk Storage (10 bottles-5oz) & Plastic storage (5pcs-7oz)
=
RM 420.00


Oleh kerana membeli package diatas aku entitled utk beli PWP item. Pandai betul diorang ni berniaga kan...dan aku pun terpedaya lagi. Tapi tak kesah la sbb aku memang nak beli extra nursing bra.


Autmnz Nursing Bra
+
Breastmilk Storage (4 bottles-5oz)
=
RM 35.00

Dan oleh kerana aku nak buat dual pumping aku kena beli breast shield ni. Harga dia RM 66.50 (Normal Price RM 70.00). Mahal gak benda ni . Ingatkan murah.


Niat dihati nak beli Medela...tapi apakan daya duit tak kesampaian. Huhuhuhuu..tak pe la nok. Janji dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Mahal murah bukan persoalannya. Selama ni pun pakai Pureen boleh je buat stock. Hopefully spectra ni boleh la tahan lama. Tak yah la setiap kali beranak kena beli satu pump. Apapun shopping di OneBabyWorld memang berbaloi-baloi. Selamat bershopping...


Thursday, December 22, 2011

Taman Layang-layang

Last weekend bawa anak-anak pegi beriadah kat Taman Metropolitan Kepong. Alahhh...taman yang banyak layang-layang tu. Taman ni memang famous dgn layang2nya. Orang pun punya la ramai. Parking memang dah tak de space lagi dah. Tawakal je parking kat tepi2 jalan. Nak bawak anak punya pasal ape pun sanggup. Sebenarnya kesian tengok Keisya. Asyik duk memerap je kat rumah. Dulu masa duk umah wan adala sepupu main sama2. Sekarang dah duk rumah sendiri kenalah main sorang2. Adik pulak tak reti nak main lagi.Papa pun semenjak dua menjak ni asyik sibuk je. Klu weekend tu ada je agendanya.Ni la first weekend yg papa free semenjak balik dr berpantang kat kampung.

Suka betul budak Keisya ni sekali-sekala dapat keluar. Adik pun ikut sama....tapi adik Khalish tak boleh main ball lagi. Elok je dia duk diam teman mama makan goreng pisang panas kat tepi padang. Picnic la konon. Last2 mama yg makan sorang. Ye la...penat2 goreng tak de sape pun nak makan. Papa pulak macam biasa la..jogging. Elok la tu..mama tambah berat duduk2, makan2 papa pulak gigih berjogging heeeee...



 Posing dengan bibik

 hai...mengantuk ye dikkk


Terpaksala bibik yg melayan Keisya






Budak ni suka sgt dengan Khalish...siap dicium2nye Khalish. Comel :)


Papa dia panggil pun tak nak pegi....heehehee









 Keisya with her ball


Keisya jumpa kawan baru..main elok2 ye

 Pandang la..lihatla...pinggangku yang ramping..lalalala


PaPa : Mama ni bila nak exercise..?
MaMa : Mama tak gemuk kan pa...
PaPa : Susah cakap dgn org tak sedar diri
MaMa : @#$%^^&$!_+^ hhuhuhuhu....

Sunday, December 18, 2011

Yeay...rumah seremban dah dapat kunci.

Alhamdulillah berakhir dah penantian aku. Sekarang dah blh start proses renovation dan beli barang rumah. Barang rumah tu bukan maksudnya perabot rumah. Nak renovate rumah pun dah rasa nak botak dah kepala kitorang laki bini. Klu setakat nak extend dapur je mungkin tak berapa berat sangat. Tapi nak pecah toilet dan build up lagi sekali memang agak stress. Sbb kena beli toilet bowl baru, sink baru,pilih jubin. Tu belum kira lagi nak beli grill, lampu, kipas, toilet accessories..fuhhh.

Itula namanya kalau beli rumah dgn developer. Design semua standard. Bukannya boleh request ikut apa yang kita nak. Sudahnya renovate la sendiri. Klu takde aral, renovation siap lagi sebulan setengah. Maybe hujung bulan dua atau awal bulan tiga baru dapat pindah. Aduh....pening lagi nak pack barang, cari lori...Damansara - Seremban bukan dekat.

Tak pe la....janji hati puas. Anak2 pun dapat membesar dengan selesa.
Semoga Allah permudahkan segalanya

Thursday, December 8, 2011

Swimming suit

Semalam tetiba mood rajin mengemas almari yang dah macam rojak susunannya. "Cupboardmate" saya klu amik baju main tarik je. Lepas tu tak betulkan balik susunan dia sbb dia tau ada orang akan tolong kemas. Lagipun nak asingkan baju2 mengandung yang saya tak nak pakai lagi. Oppss bukan tak nak pakai lagi. Nak simpan dalam kotak dulu...klu ada rezeki pregnant blh la pakai.

Tengah sibuk asingkan baju tetiba mata ni tertangkap kat satu baju yg tergantung dalam almari tu. Hehehehehe....swimming suit yg hubby belikan 2 tahun lepas masa dia pegi Jakarta. Tapi baju tu tak pernah pun terusik lagi. Den ni  mano la tau beronang. Tetibo lak laki den boli den nak pakai poe mano. Nanti la amik swimming class ke boleh la pakai baju ni kan.

Tapi persoalannya muat ke lagi....2 tahun lepas masa baru beli tu try memang le muat. ngam..ngam je. tergerak la hati nak try lagi sekali. Jeng jeng jeng....nasib baik muat lagi. Klu tak mesti kena marah dengan en.hubby. Susah2 dia pi beli tapi tak appreciate. Bukan tak appreciate tapi..takkan nak pakai baju tu pi jejalan kat Ikea kot?






Tapi perasaan macam figure dah lari la :(

Wednesday, December 7, 2011

Detik kelahiran KHALISH NAWFAL

Alhamdulillah doa aku untuk dapat anak lelaki dimakbulkan...maha besarnya kuasa Allah. Kalau tuhan bagi anak perempuan pun aku redha je..sbb dari awal preggy gerak hati aku selalu rasa macam anak perempuan je yang akan keluar. Kenapa?? Sbb awal2 mengandung alahan aku sama je mcm mengandungkan Keisya..muntah2 yg sgt teruk admit hospital drip sampai 14 botol. Huhhh dugaan betul.

Mengandungkan Khalish aku teringin sangat nak buat scan 3D. Nak sangat tau gender dia. Bukan apa senang kalau nak shopping barang baby nanti. Klu nampak perempuan tak payahla beli banyak sgt baju...sbb baju Keisya banyak. Blh je recycle Keisya punya hehehe.. Mengandungkan Keisya takde pun rasa nak scan 3D ni. Masa tu tak kesah pun gender. Baju pun beli je utk lelaki pompuan. Bila Keisya dah lahir baru excited beli baju2 gegirl. So lepas scan 3D ni la aku confirm yg dalam perut tu lelaki. Sblm tu scan biasa memang tak nampak bayang apepun.

Inilah gambar 3D Khalish dalam perut mama pd usianya 30 minggu.

What a beautiful creation


See...proven its a boy :)

Ok....enough for that. Panjang betul mukadimahnye. Now about deliver....

Bangun pagi aku rasa macam leaking. Basah semacam je baju sampai tembus kat katil. Dalam hati takkan aku kencing kot. Tapi memang pasti bukan urine ok. Suspect air ketuban. Memang rasa dah cuak sangat. So cakap kat en.Hubby yg tengah siap2 nak pegi keje..tak payah la gi keje harini sila hantar isterimu ke hospital.

After check up...doctor confirm itu bukan air ketuban. Ok tp air apekah itu?. Mula2 doctor bagi balik and kena monitor if ada leaking lagi aku kena datang hosp terus. Tapi after dapat 2nd opinion dari doctor lain...kena la pulak warded sbb ada kes mcm aku tetiba datang hospital air ketuban dah kering lama n baby tak dapat diselamatkan. Nak ikutkan hati memang aku tak nak stay hospital. But i must do the best for baby.

Petang tu dalam ward aku dah start rasa contraction. tp tak kuat sangat...dia baru nak bagi salam. Malam tu dia dah rasa kuat dah. Start 1 jam sekali....exactly aku dapat rasa sakitnya sama macam aku nak besalinkan Keisya dulu. Pukul 3 pg aku memang dah rasa tak tahan sangat. 2 kali contraction dalam 15 minit. Aduhhh..meleleh dah air mata tahan sakit. Doctor check baru buka 3 cm. suruh tahan lagi. Then dia dr bagi antibiotic due to prior leaking..aku pun hairan. Dr tak confirm pun aku pecah air ketuban tapi cucuk gak antibiotic..(sbb antibiotic ni la aku kena gatal2 allergy immediate lepas keluar labour room. 2 mggu baru hilang..huhhh)

Pukul 4.30 pg aku memang dah rasa tak blh nak tahan dah sakit ni. Check bukaan 6 cm..pukul 5pg baru aku kena tolak ke labour room. sblm tu sempat call en. hubby yg tengah sedap tdo kat rumah. Nasib baik jarak hosp dgn rumah cuma 10 minit je. berdezubb dia datang. Alhamdulillah berkat en.hubby bg semangat kat sebelah + 2nd experience sekali teran baby dah kuar...lahirla baby comel Khalish Nawfal bin Khairudin tepat pukul 5.19 pg. Sayup degar suara papa baca azan...rasa mcm tinggal separuh nyawa je. Nak buka mata pun rasa tak larat..punyala teran sekuat tenaga. Alhamdulillah tuhan permudahkan semuanya untuk aku besalin normal...baby pun sihat je..petang tu jugak dah discharge.


Semua org kata macam muka papa.....yeke ?



Name : Khalish Nawfal Bin Khairudin

Weight : 2.9 kg

DOB : 29 September 2011 (5.19 am)

Birth Place : Hosp Tuanku Jaafar Seremban