Tuesday, April 19, 2011

Today Keisya 1 tahun 6 bulan

Pejam celik - pejam celik hari ni genap lah umur keisya 1 tahun 6 bulan. Mari tengok betapa lebarnya Keisya sekarang....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
yeah....thats my girl


Ini lah rupa budak masam yg dah sedia nak jadi kakak. Tengoklah gigi yang lebar dan jarang tu..wan Keisya kata sbb mama Keisya suka makan jagung masa pregnant. Pregnant yg ni pun sama..suka sangat dengan jangung. Yes..jagung memang favourite saya tak kesahla pregnant ke tak pun. Akibatnya Keisya pun suka makan jagung macam mama hehehee....Apapun Keisya tetap comel di hati mama.

Sekarang apa yg kita makan pun Keisya nak makan.Even pedas pun dia dah blh tahan sikit2. Maklumla papa saya orang nogori..tak sah klu tak makan pedas. Gigi geraham pun dah tumbuh kiri kanan, atas dan bawah. Then semua benda pun dia melantak. pantang nampak orang makan mesti nak jugak....

26hb ni appointment utk injection. Tapi mama tak dapat nak amik cuti bawak Keisya. Rasa sedih pulak sbb tak dapat teman Keisya untuk last injection. Selalu mama yg akan pangku Keisya, papa pulak duduk luar. Papa kata sbb dia tak blh tgk Keisya nangis bila kena inject ngan nurse sbb takut dia termarah nurse sbb buat anak papa nangis. Itu kata papa la.......

Tapi kali ni no choice..mama memang tak blh amik cuti sebab ada course yang sangat penting...tak blh nak excuse. Tapi mama tau Keisya kuat..drpd 1st injection Keisya tak pernah nangis pun..setiap kali kuar papa tanya...dah ke. macam tak percaya je dia tak nangis. Tak tau la kali ni....dia dah pandai nangis sbb cari perhatian dah pandai sebut akit (sakit) bila dia rasa sakit.Mmmmm wait n see.....

Wednesday, April 13, 2011

Kamus Keisya

Keisya dah nak masuk 1 tahun 6 bulan. Sekejap je masa berlalu...semakin hari semakin banyak yg dia belajar. Keisya suka menyanyi...menyanyi sambil menari. klu tak menari pun dia akan buat gaya2 tangan sambil menyanyi dengan badannya meliuk lentuk.

Paling dia suka sekarang iklan Fernleaf yg ada budak nyanyi lagu ibu....ibu engkaulah ratu hatiku..suka sangat2. dengar je bunyi iklan tu..dia akan tinggal semua benda yg dia buat dan ikut menyanyi sama sambil dengan gaya sekali.hehehe...klu tgk memang lawak gila. Keletah dia memang senang buat org ketawa
dan kenakalan dia sekarang pun memang senang untuk buat orang naik angin.

Tak cukup dengan panjat kerusi, meja, tangga..sekarang ni dah pandai panjat atas motor..ya ALLAH...nasib baik mama tak de sakit jantung. Tetiba je nampak dah duk bertenggek atas motor papa. Keisya....Keisya....

Vocab pun dah makin banyak sekarang. Mari kita tgk Kamus Keisya:

mama/ma = mama
papa/pa   = papa
wan         = wan (panggilan utk nenek Keisya)
tuk          = atuk
nak         = nak
kut          = ikut
gol          = gol (dia akan sebut bila tgk org main bola walaupun tak gol)/ bola
bed         = beg
cucu        = susu
air           = air
mos         = mickey mouse
pin pin     = upin ipin
ndi           = mandi
ishh          = fish
kan         = ikan
ceek       = nasi
nanak     = tak nak
ting         = puting
wait        = duit
ayie        = Kak Yie (panggilan kpd kakak sepupu Keisya)
bang       = Abang (panggilan kpd abg sepupu Keisya)
bu/ mbu  = Ibu (panggilan kpd aunty Keisya)


Cukuplah  sampai sini saja..tak larat nak tulis  lagi. Tp inilah antara perkataan2 yg biasa disebut.
Walaupun belum pandai susun ayat penuh...tapi blh faham apa yg dia nak atau maksudkan..

Friday, April 8, 2011

Story about my pregnancy...

my pregnancy??...yes I am pregnant. Keisya dah nak dapat adik dah...macam tak pecaya je Keisya dah nak jadi kakak. dah lama dah ingat nak share dalam blog ni. tapi oleh kerana kesihatan tak berapa nak ok ditambah dengan mood yg sangat malas semenjak preggy ni, maka hari ni baru la nak update blog. Sekarang dah masuk 14 weeks pregnant. dah rasa better ckit dari sebelum ni. Alhamdulillah.....

Sejak dari 8 mggu lagi aku dah rasa alah yg sangat teruk. muntah2, tak selera makan, deria bau ni tajam je..jangan kata tak blh bau benda2 busuk. yang wangi pun tak blh nak cium. satu tahap...Keisya pun aku dah tak blh nak peluk cium. rasa busuk je budak tu. cian dia...jgn marah mama ye. masa mengandungkan Keisya pun mama macam tu. rasa papa tu bau busuk je..hehehe....

Sebenarnya masa period delay 2-3 hari..hati ni dah dapat rasa. mesti pregnant ni..sbb period selalu memang on time. lepas seminggu baru rasa nak bgtau en.hubby. dia suruh test utk confirm dann hasilnya.........


kan makcik dah kato dah...tak yah test memang positive. Maka bermula la episod mabuk terlampau aku.
Mana taknye..tak cukup dengan MC yg berderet2..aku kuar masuk sepital pulak. Muntah sampai dehydrate..amik kau. kesian Keisya...mama nak handle diri sendiri pun tak larat.nasib baik ada mak mertua...klu nak harapkan papa sorang tak menang tangan pakcik tu. mana nak jaga anak lagi...nak kena ulang alik hosp tgk mama lg..Thank you darling. I love you..walau pun kadang2 dia tak paham apa yg aku rasa.... :(


Apa nak dikata..dah nasib badan. Tapi bila tgk baby nanti akan rasa terbalas semua kesakitan tu semua....macam masa mula2 tgk Keisya dulu. Oh ye....i still owe Keisya's picture. Insyaallah next entry ye..

Sekian.