Wednesday, January 25, 2012

My Workplace

Gambar sempena makan-makan utk celebrate CNY + exchange gift kat office. 







My small team....Data Planning and Analyst unit.
Bersama hadiah masing-masing. Gembira sungguh dapat headphone.heheheee




My big team....Data Governance Dept.


Happy Chinese New Year !!!!

Thursday, January 12, 2012

Khalish's 1st family picture


Low quality picture taken...but highest value for me.
Thank you bibik...janji semua masuk sudaaa. hehehehee.

Wednesday, January 11, 2012

Tuesday, January 3, 2012

Back to work

Harini first day masuk keje semula lepas 3 months long break. Perasaan bercampur baur. Sedih nak tinggalkan anak-anak. Risau...macam mana la gayanya bibik jaga Keisya and Khalish kat rumah  tu. Berdebar-debar nak start keje macam first day datang keje Maybank dulu. huhuhuu...tapi kali ni berdebar-debar nak tengok keje yg terbengkalai. KPI pun dah ke laut..... Happy sebab dapat jumpa geng office yg dah lebih tiga bulan tak jumpa. Mesti banyak story nak citer...

First thing masuk office kemas meja...done. Lepas ni kena perah susu dulu. Then baru start keje..
Bismillahirrahmaanirrahim....

Tuesday, December 27, 2011

Breast pump

Entry ni dah lama tergendala..tak sempat nak habis menaip si Keisya dah mengacau. Kena tggu dia tidur baru boleh mula operasi meng-update blog.

Alkesahnya breast pump yg aku guna selama ni macam tak berapa nak function seperti biasa. Suction dia dah tak kuat sangat sampai aku kena express guna tangan sambil pumping. Pump tu memang dah lama sejak dari Keisya baby lagi. Memang ada plan nak beli baru sblm aku naik kerja nanti.Tapi tak sangka pulak kena beli lebih awal. Tu lah dia klu beli yang murah ni. Cepat sangat jahanamnya.

Dengan semangat nak fully breast feed untuk Khalish, dengan gigihnya aku drive sesorang ke Hulu Klang. Nak tggu papa jgn harapla...ada je agendanya bila weekend. Lg pun better pegi weekday tak ramai org. Boleh shopping dgn aman yeay.

Kenapa jauh sangat ke Hulu Klang? Penah dengar tak One Baby World. Pada sape yang rajin beli majalah PAMA atau shopping barang baby secara online mesti familiar dgn nama ni. Dia ni lebih dikenali sebagai online store. Tapi oleh kerana aku ni tak berapa percaya nak beli brg secara online so aku decide pegi sendiri ke showroom dia. Ni memang first time aku pegi. Terima kasih la kepada encik GPS sbb drive aku ke sana. Memang buntang sekejap mata ni tgk barang2 baby.

Siapa yg berminat memang sesuai pegi sekarang sbb memang tengah sale sampai 2nd January. Untuk maklumat lanjut pasal kedai ni sila buka web dia onebabyworld.com

So ni la dia breast pump yang aku beli. Beli pump ni sebab terpegaruh dengan offer package dia. Oleh kerana aku memang nak beli nursing bra and icepack so ambik package adalah lebih berbaloi.


Spectra3 breast pump
+
Autumnz Cooler Bag
+
Autumnz Nursing Bra
+
Autumnz Reusable Ice Pack
+
Autumnz Breastmilk Storage (10 bottles-5oz) & Plastic storage (5pcs-7oz)
=
RM 420.00


Oleh kerana membeli package diatas aku entitled utk beli PWP item. Pandai betul diorang ni berniaga kan...dan aku pun terpedaya lagi. Tapi tak kesah la sbb aku memang nak beli extra nursing bra.


Autmnz Nursing Bra
+
Breastmilk Storage (4 bottles-5oz)
=
RM 35.00

Dan oleh kerana aku nak buat dual pumping aku kena beli breast shield ni. Harga dia RM 66.50 (Normal Price RM 70.00). Mahal gak benda ni . Ingatkan murah.


Niat dihati nak beli Medela...tapi apakan daya duit tak kesampaian. Huhuhuhuu..tak pe la nok. Janji dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Mahal murah bukan persoalannya. Selama ni pun pakai Pureen boleh je buat stock. Hopefully spectra ni boleh la tahan lama. Tak yah la setiap kali beranak kena beli satu pump. Apapun shopping di OneBabyWorld memang berbaloi-baloi. Selamat bershopping...


Thursday, December 22, 2011

Taman Layang-layang

Last weekend bawa anak-anak pegi beriadah kat Taman Metropolitan Kepong. Alahhh...taman yang banyak layang-layang tu. Taman ni memang famous dgn layang2nya. Orang pun punya la ramai. Parking memang dah tak de space lagi dah. Tawakal je parking kat tepi2 jalan. Nak bawak anak punya pasal ape pun sanggup. Sebenarnya kesian tengok Keisya. Asyik duk memerap je kat rumah. Dulu masa duk umah wan adala sepupu main sama2. Sekarang dah duk rumah sendiri kenalah main sorang2. Adik pulak tak reti nak main lagi.Papa pun semenjak dua menjak ni asyik sibuk je. Klu weekend tu ada je agendanya.Ni la first weekend yg papa free semenjak balik dr berpantang kat kampung.

Suka betul budak Keisya ni sekali-sekala dapat keluar. Adik pun ikut sama....tapi adik Khalish tak boleh main ball lagi. Elok je dia duk diam teman mama makan goreng pisang panas kat tepi padang. Picnic la konon. Last2 mama yg makan sorang. Ye la...penat2 goreng tak de sape pun nak makan. Papa pulak macam biasa la..jogging. Elok la tu..mama tambah berat duduk2, makan2 papa pulak gigih berjogging heeeee...



 Posing dengan bibik

 hai...mengantuk ye dikkk


Terpaksala bibik yg melayan Keisya






Budak ni suka sgt dengan Khalish...siap dicium2nye Khalish. Comel :)


Papa dia panggil pun tak nak pegi....heehehee









 Keisya with her ball


Keisya jumpa kawan baru..main elok2 ye

 Pandang la..lihatla...pinggangku yang ramping..lalalala


PaPa : Mama ni bila nak exercise..?
MaMa : Mama tak gemuk kan pa...
PaPa : Susah cakap dgn org tak sedar diri
MaMa : @#$%^^&$!_+^ hhuhuhuhu....

Sunday, December 18, 2011

Yeay...rumah seremban dah dapat kunci.

Alhamdulillah berakhir dah penantian aku. Sekarang dah blh start proses renovation dan beli barang rumah. Barang rumah tu bukan maksudnya perabot rumah. Nak renovate rumah pun dah rasa nak botak dah kepala kitorang laki bini. Klu setakat nak extend dapur je mungkin tak berapa berat sangat. Tapi nak pecah toilet dan build up lagi sekali memang agak stress. Sbb kena beli toilet bowl baru, sink baru,pilih jubin. Tu belum kira lagi nak beli grill, lampu, kipas, toilet accessories..fuhhh.

Itula namanya kalau beli rumah dgn developer. Design semua standard. Bukannya boleh request ikut apa yang kita nak. Sudahnya renovate la sendiri. Klu takde aral, renovation siap lagi sebulan setengah. Maybe hujung bulan dua atau awal bulan tiga baru dapat pindah. Aduh....pening lagi nak pack barang, cari lori...Damansara - Seremban bukan dekat.

Tak pe la....janji hati puas. Anak2 pun dapat membesar dengan selesa.
Semoga Allah permudahkan segalanya