Hari ni bangun pagi rasa sayu je.... maybe sbb en hubby takde. Bangun pagi kena handle Keisya sesorang. Buatkan susu, salin pampers, sidai baju..pi keje sendiri. Rasa sunyi je. Malam tadi pun tetiba terjaga sbb termimpi en.hubby. Nape ek..pada hal bukannya tak biasa kena tinggal macam ni. Bukannya lama sgt papa gi Songkhla. 3-4 hari je. Aku je yg lelebih fikir..dia kat sana ntah ingat anak bini ntah tak. Ishhh tak baik negative thinking. Apapun yg penting ole-ole dibawa pulang. Beriya je bawak baju mama dgn Kesya gi sana takut beli silap saiz. Klu balik tak bawak ape2 mau panjang muncung ni jadinya.
Yang kat dalam perut ni pun dah masuk 7 bulan. Lepas ni dah start gi check up 2 mggu sekali. Mungkin sbb tu aku banyak sgt berfikir sekarang. Bila dah masuk 7 bulan aku rasa semua preparation dah kena perfect. Dulu time Keisya masa ni dah siap pack barang yg kena bwk gi hosp and dah ready dalam kereta. Maybe dulu excited sgt sbb anak first dan kita tak blh jangka apa yg berlaku. Sekarang dah ada pengalam ckit, lepas tu rasa mcm sume brg dah ada. Tinggal nak cuci and put nicely dalam bakul baju je. Tp sbb musabab yg paling utama adalah aku sgt2 sibuk. Apapun this week plan nak settle sume barang baby. Baru la hati ni tak risau sgt. Be prepared sebelum apa2 berlaku. Lepas ni papa pun dah kena elakkan outstation luar. Tak pasal2 karang aku kena drive sendiri gi hospital karang.
Selain kerisauan yg dalam perut ni...lagi satu buat aku sgt stress adalah rumah yg tak siap2 lg. Sepatutnya dah siap february..then developer kata July..yg latest ni kata August pulak. Bilanya nak siap ntah. Dah malas nak fikir. Sekarang nak fikir pasal baby, barang baby, barang mak baby, sape nak jaga baby and Keisya...dan macam2 lagi nak kena fikir. Belum cite pasal keje lagi ahhh dah la...yg tu malas nak fikir.
Lagi fikir lagi kusut.....
No comments:
Post a Comment